Thursday, May 16, 2013

GET CLEAN WATER



Dalam kehidupan kita air adalah segala-segalanya. Air adalah hidup, hidup adalah air. Kita boleh hidup tanpa makanan tapi kita tidak boleh hidup tanpa air. Tahukah kita bahawa 60% ke 70% badan kita terdiri daripada air. Kajian menunjukkan kehilangan air sebanyak 1% dari berat badan akan mengurangkan daya bekerja sebanyak 10%. Kekurangan air akan menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan seimbang dan boleh  membawa kepada pelbagai penyakit. 
Cuba kita putarkan paip rumah kita dan lihat air yang keluar. Air itu mungkin kelihatan bersih tapi sejauh mana ianya selamat diminum? Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang kita minum. 

Antara fungsi utama air ialah 
1.  menyahkan toksin dari organ-organ penting
2. membawa nutrien dan oksigen dalam darah kepada sel-sel dalam tubuh
3. menghadam makanan dan menghindar sembelit  
4. menyediakan persekitaran lembab dan berair pada paru-paru, telinga, hidung dan mulut.
4. menjadi ejen pelembab kulit
5. mengawal suhu badan
6. mengeluarkan sisa dari badan melalui tahi dan air kencing
7. menjadi pelincir dan pelapit untuk sendi-sendi

sumber : http://mustaffakadir.com

Inginkan konsultansi PERCUMA
Hubungi saya : 
sms/whatsapp 0135843084 | shaklee id 909161
FB: Norazah Binti Abdullah
FanPage: Sihat,Cergas & Cerdas

No comments:

Post a Comment