Osteoporosis ialah penyakit tulang yang akan menyebabkan pesakit menjadi lemah, seterusnya akan hilang kualiti hidup. Petua menangani masalah ini adalah mudah je, iaitu minum susu secukupnya. Susu penting untuk kesihatan, dan dari susulah kita dapat mengekang masalah kerapuhan tulang ini.
Bilakah tulang mula rapuh?
Tulang manusia akan mula rapuh seawal usia 30 tahun. Kadar ini akan meningkat apabila kadar penjanaan semula tulang semakin merosot akibat usia serta kekurangan nutrisi. Tulang merupakan tisu hidup yang mengalami pembentukan semula sepanjang hayat kita. Jadi pengambilan susu kerap adalah perlu.
Berapa gelas susu yang diperlukan untuk keperluan kalsium buat tulang?
2 gelas sudah dikira mencukupi untuk keperluan seharian.
Vitamin yang diperlukan untuk penyerapan kalsium berkesan bagi tulang?
Vitamin D adalah vitamin yang terkandung dalam susu yang membolehkan penyerapan kalsium oleh tulang menjadi berkesan. Selain itu, vitamin D juga boleh mengurangkan risiko masalah lain seperti kanser dan tekanan darah tinggi.
Berapa banyak sukatan susu yang perlu oleh orang dewasa dalam sehari?
Seorang dewasa memerlukan antara 1000 hingga 1200 mg susu bagi mendapatkan kalsium yang cukup buat tulang.
Jadi, minumlah susu setiap hari, khasnya buat perempuan. Dan buat kanak-kanak, jika layan minum susu, dapat menambah ketinggian selain menguatkan tulang dan gigi. :)
Erkkk jangan anda cuba lupuskan minat anak anda yang sedang dok menyusu. Ada ibubapa yang berentikan minum susu buat anak-anak mereka, sedangkan tindakan mereka itu sebenarnya adalah tidak memberi kebaikan.
Sumber: Majalah iSihat
Sumber Asal: Minum Susu Walaupun Dah Umur 30 Tahun! http://www.hasrulhassan.com/2011/06/minum-susu-walaupun-dah-umur-30-tahun.html#ixzz2Ho84GpX7
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
No comments:
Post a Comment