Thursday, January 3, 2013

FAKTA PENTING MENGENAI DHA


Tahukah anda ?
  1. DHA amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak yang sehat dan cerdas. Seseorang yang mempunyai DHA yang cukup akan lebih bijak dan cerdik berbanding mereka yang tidak mengambil DHA.
  2. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA.
  3. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utama DHA didapati dalam bentuk pemakanan.
  4. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat dan cerdik.


Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.
Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Description: bullet
pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
Description: bullet
pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
Description: bullet
pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
Description: bullet
mengurangkan triglycerides (lemak).
Description: bullet
mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
Description: bullet
menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Description: bullet
mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
Description: bullet
mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.

Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.

Komen


Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA akan lebih cerdik dan pintar.
Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.


SHAKLEE menawarkan OMEGA GUARD untuk memenuhi keperluan DHA anda dan anak-anak anda.

Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi saya
azza (0135843084)
fb :sehat,cergas &cerdas

No comments:

Post a Comment