70% badan manusia terdiri daripada air. Sekiranya air yang terkandung di dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu sahaja menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air juga menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan daripada badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
Malah rasa mengantuk selepas makan tengah hari pun merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Seperti yang anda sedia maklum, air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Bagi menyempurnakan proses ini, tubuh menggunakan air daripada sel badan. Apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Inilah puncanya anda mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian sewaktu kerja selepas makan.
No comments:
Post a Comment