Sunday, May 12, 2013

Makanan terbaik untuk wanita mengandung

Ok.. dah lama tak update blog. Buzy dgn tugas hakiki. Ok hari ni saya ingin share makanan yang terbaik untuk wanita mengandung. Makanan sangat penting untuk ibu mengandung sbb apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan. 

Ok berikut adalah makanan yang terbaik untuk wanita mengandung. 

  1. Buah delima --- Ringkasnya, buah delima baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Dikatakan klo kita rajin makan buah delima, anak akan lebih bijak dan kulitnya akan cantik. Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

  2. Walnut  ---Wanita mengandung sangat disarankan mengambil walnut kerana walnut mengandungi vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan.

  3. Kurma Ajwa --- Kurma ajwa ialah kurma kegemaran Rasullullah. Rasulullah S.A.W bersabda, “Berilah makan kurma wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci.”

    Amirul Mukminin as berkata, “Barni adalah sebagus-bagusnya kurma. Berilah ia kepada para wanita yang sedang dalam masa nifas, supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan bijak.”

    Imam Ja`far Shadiq as berkata, “Berilah makan barni (sejenis kurma) wanita yang telah melahirkan (pada masa nifas) supaya anaknya menjadi anak yang berakal dan murah hati.”

  4. Susu kambing -- Susu kambing pon antara makanan sunnah Rasullullah. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

  5. Madu --- Madu adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk semua org terutama wanita mengandung. Banyak khasiat madu dan antaranya ialah  menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata, mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain, mengurangi rasa mual pada masa kehamilan ,menambah nafsu makan bagi ibu hamil dan mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.

  6. Air kelapa --- Menggebukan baby. Bagi kulit baby cantik.   

No comments:

Post a Comment